Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 21 April 2020. Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,482 kes dengan 61.09% telah sembuh bersamaan 3,349 pesakit dan 1.68% atau 92 kematian. #COVID19#StayAtHome#KitaJagaKita
21 April 2020
INFO NADI
Kes positif COVID-19 dalam negara yang terus menunjukkan penurunan bukan bermakna orang ramai boleh melanggar segala peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). #COVID19#StayAtHome#KitaJagaKita
21 April 2020
INFO NADI
Semasa PKP, ramai yang mula keluarkan bakat terpendam sebagai chef. Jom masak secara sihat di rumah. Semestinya sedap dan berkhasiat. Jangan lupa untuk kekal aktif bagi mengekalkan berat badan anda. #COVID19#StayAtHome#KitaJagaKita
21 April 2020
INFO NADI
Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi untuk mengambil bekalan ubat separa/susulan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang tempoh PKP. Anda juga boleh mendapatkan ubat menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP). Hubungi fasiliti kesihatan di mana anda / […]
21 April 2020
INFO NADI
KKM bekerjasama dengan MOSTI dan MKN menghasilkan aplikasi MySejahtera. MySejahtera merupakan aplikasi pemantauan COVID19 yang membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri & mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan serta menerima maklumat terkini dan panduan daripada sumber yang sahih. […]
