mcmc
Utama

Sejarah Pusat Internet Lenggeng

Pusat Internet Lenggeng telah ditubuhkan pada awal Januari 2017 secara tidak rasmi dan terdapat kemasukan seorang petugas iaitu pembantu pengurus pada 18 Februari 2017. Kemudian kemasukan pengurus pada 2 Mei 2017 untuk bertugas bagi mengendali segala aktiviti di Pusat Internet. Pusat Internet Lenggeng berada di dalam Fasa Clawback 2015 projek di bawah MSD-Digital Intelligence Sdn Bhd, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM).

 

Sebelum majlis perasmian berlangsung , pihak SKMM dan TM akan jalankan “Site Acceptance Test” (SAT) terlebih dahulu, Pusat Internet telah mula beroperasi secara penuh dan boleh digunapakai oleh komuniti tempatan atau yang berhampiran Lenggeng pada 25 Mei 2017.