mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4-2022] CELIK ICT – NURUL SHAHIRA BT MOHD NIZA

SHIRA
CELIK ICT
NAMA : NURUL SHAHIRA BT MOHD NIZA
UMUR : 23 TAHUN
AHLI : 2022

Latar belakang

Shahira merupakan Rakan Digital (RD) di PEDi Lenggeng. Beliau telah berkhidmat di PEDi Lenggeng sejak bulan September 2022. Beliau baru sahaja tamat pengajian pada tahun 2022 di salah sebuah university tempatan Malaysia dalam bidang MassCom (Mass Comunication and Media Study- Hons Public Relation). Penggunaan komputer dan internet selari dengan bentuk pembelajaran Shahira semasa di universiti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Menjadi seorang pelajar di universiti mewajibkan anak muda seperti Shahira untuk mahir dalam menggunakan aplikasi dan perisian komputer seperti Microsoft Office Words, Excell dan Power Point dalam melaksanakan tugasan harian. Beliau telah menguasai perisian secara asas dan masih menggunakan perisian tersebut dalam pekerjaannya kini. Beliau banyak menggunakan komputer sebagai medium untuk akses ke media sosialnya serta untuk mengetahui info-info terkini dan maklumat mengenai pembelajarannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah menjadi ahli dan juga Rakan Digital di PEDi Lenggeng, Shahira lebih banyak didedahkan dengan penggunaan internet sebagai medium menjana pendapatan melalui aplikasi Shopee. Shahira perlu menjadi tutor atau pengajar kepada usahawan-usahawan setempat khususnya yang menjalankan perniagaan atas talian untuk berniaga dalam platform Shopee yang lebih selamat dan bersistematik. Untuk menarik perhatian peniaga setempat, Shahira telah menyediakan poster-poster menarik yang direka menggunakan aplikasi Canva. Shahira telah mendapat tunjuk ajar dari petugas secara asas menggunakan Canva.