mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2020] KEUSAHAWANAN – PUAN NORMALIATI

KEUSAHAWANAN
NAMA : PUAN NORMALIATI BINTI MOHAMAD
UMUR : 36 TAHUN
AHLI : 2020

 

Latar belakang

Puan Normaliati merupakan salah seorang pekerja sektor awam. Meskipun bekerja, namun beliau bijak menguruskan masa dengan menjalankan perniagaan secara sambilan bagi menambah pendapatan sedia ada.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau menjalankan perniagaan secara atas talian menggunakan media pasaran seperti Facebook dan Whatsapp. Selain itu, beliau turut berhasrat untuk memperluaskan lagi medium pasaran beliau di laman web kesukaan ramai seperti Shopee dan Lazada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau memanfaatkan peluang yang ada dengan menambah ilmu dalam bidang ini melalui kelas-kelas keusahawan yang diadakan di pusat internet berdekatan. Kini beliau telah mula menjual barangan jualannya menerusi laman web Shopee dan dikenali dengan CikMellynorShop.