KEUSAHAWANAN | |
NAMA | : PUAN SITI MASHITAH BINTI MUSTAPHA |
UMUR | : 30 TAHUN |
AHLI | : 2020 |
Latar belakang
Puan Mashitah merupakan seorang guru di sekolah swasta. Beliau juga merupakan seorang ibu kepada dua cahaya mata beliau. Walaupun sibuk dengan tugasan dan rutin harian, beliau bijak menguruskan masa di antara waktu bekerja dan juga perniagaan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini beliau tidak langsung terlibat dalam dunia perniagaan. Beliau gemar membeli dan mencuba produk-produk yang berkualiti dan sentiasa ingin menjadi pengguna yang bijak dalam membeli sesuatu barangan peribadi mahupun barangan rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sikap beliau yang mementingkan kualiti dan kepuasan pengguna mendorong beliau untuk berkongsi kebaikan barangan yang beliau guna bersama pengguna yang lain. Hasil mengikuti kelas-kelas keusahawan yang diadakan di pusat internet berdekatan, kini beliau telah mula menjual barangan jualannya menerusi laman web Shopee. Kini atas perniagaan yang beliau jalankan, pendapatan beliau meningkat kepada empat angka dalam masa 6 bulan pertama.