mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2019] CELIK ICT – NORIDAH BINTI HASSAN

CELIK ICT
NAMA : NORIDAH BINTI HASSAN
UMUR : 51 TAHUN
AHLI : 2019

 

Latar belakang

Puan Noridah merupakan seorang suri rumah. Beliau sebelum ini pernah bekerja di salah sebuah syarikat penerbangan terkemuka, kira-kira beberapa tahun dahulu. Sedikit sebanyak beliau ada ilmu asas tentang kemahiran penggunaan komputer ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Baru-baru ini beliau ada berkunjung ke Pusat Internet Lenggeng bagi mendapatkan informasi berkenaan dengan aktiviti serta program semasa yang sering diadakan di sini. Setelah mendengar penerangan lengkap daripada petugas, beliau terus berminat untuk menyertainya. Hal ini kerana, beliau telah lama menunggu peluang keemasan seperti ini yang mana beliau dapat mengisi masa lapangnya dengan perkara yang memberi manfaat buat dirinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Faktor usia bukan lagi penghalang kepada beliau untuk menimba ilmu kemahiran komputer dan teknologi terkini yang semakin canggih dan moden. Atas usaha gigih beliau menghadirkan diri ke kelas serta program anjuran Pusat Internet Lenggeng selama beberapa minggu, beliau kini dapat mengikuti perkembangan semasa dan tidak lagi ketinggalan zaman. Banyak manfaat yang beliau perolehi sepanjang kelas tersebut berlangsung. Beliau kini telah mahir dalam menggunakan akses Microsoft Excel, boleh menaip pelbagai jenis surat, juga sudah pandai menggunakan aplikasi media sosial terkini seperti Facebook dan Whatsapp yang secara tidak langsung dapat memudahkan beliau mencari pekerjaan sampingan. Disamping itu, beliau turut menyatakan keterujaannya kepada petugas, apabila mengetahui dengan adanya kemudahan capaian internet ini pelbagai urusan semasa beliau dapat dipermudahkan dengan hanya dihujung jari sahaja. Kini beliau tidak perlu lagi bersusah-payah untuk ke bandar semata-mata untuk membeli tiket bas ataupun membuat transaksi pindahan wang, yang kini semuanya boleh dibuat secara atas talian sahaja.