mcmc
Kisah Kejayaan

[Q3 2020] KEUSAHAWANAN – PUAN ZAINAB

KEUSAHAWANAN
NAMA : PUAN ZAINAB BINTI KASSIM
UMUR : 37 TAHUN
AHLI : 2019

 

Latar belakang

Puan Zainab merupakan seorang jururawat di Klinik Desa Sungai Machang Hilir, Lenggeng. Walaupun sibuk dengan tugasan kerja harian, beliau bijak menguruskan masa di antara kerja dan juga perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau rajin berusaha untuk menimba ilmu dan sentiasa mencari peluang bagi menambah pendapatan beliau yang sedia ada dan tidak mahu terus berada dalam zon selesa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui penglibatan kelas-kelas keusahawanan dan perkongsian maklumat anjuran Pusat Internet Lenggeng, beliau kini dapat menambah pelbagai ilmu dalam bidang perniagaan ini. Selain di Pusat Internet Lenggeng, beliau juga turut menyertai pelbagai program serta bengkel keusahawan yang dijalankan di luar kawasan tempat tinggal beliau.