KEUSAHAWANAN | |
NAMA | : MUHAMMAD ZAIM |
UMUR | : 22 TAHUN |
AHLI | : 2020 |
Latar belakang
Muhammad Zaim merupakan ahli baharu PI Lenggeng merupakan seorang pelajar universiti tempatan. Walaupun masih lagi belajar, itu tidak menghalang beliau dari menceburi bidang perniagaan. Pendamik Covid-19 menguatkan lagi keinginan beliau untuk memulakan perniagaan memandangkan kuliah beliau telah ditunda dan beliau mempunyai banyak masa terluang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau merupakan pengguna aktif di platform perniagaan dalam talian seperti Shopee dan Lazada. Namun begitu, beliau tidak mempunyai ilmu untuk menjual di platform tersebut. Setelah mengetahui Pusat Internet Lenggeng ada mengadakan kelas perniagaan asas perniagaan dalam talian Shopee, beliau mengambil peluang untuk turut serta.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui penyertaan kelas perniagaan ‘online’ yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Lenggeng, beliau mengambil inisiatif dengan mencuba menjadi penjual di talian e-dagang, Shopee. Dengan bantuan dan bimbingan petugas, kini beliau dapat menjana pendapatan sampingan sejumlah RM500.00 sebulan.