mcmc
Kisah Kejayaan

[Q3 2020] CELIK ICT – MUHAMMAD ADHAN HAZIQ

CELIK ICT
NAMA : MUHAMMAD ADHAN HAZIQ
UMUR : 12 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Adik Adhan merupakan salah seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Mendum. Beliau seorang yang rajin dalam membantu ibunya dengan menjalankan perniagaan percetakan button budge yang diusahakan oleh beliau sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini Adhan ada berkunjung ke Pusat Internet Lenggeng bagi mencari bahan serta menyiapkan tugasan kerja sekolahnya. Lantaran itu, petugas mempelawa beliau untuk menyertai aktiviti serta program yang dianjurkan oleh pusat internet pada setiap bulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pelbagai aktiviti yang telah disertai oleh adik Adhan ini seperti kelas e-pembelajaran quizizz.com, kelas Bahasa Inggeris secara atas talian, belajar cara menggunakan qr code, dan pelbagai lagi. Sejak dari itu masa lapang beliau dapat diisi dengan melakukan perkara yang mendatangkan manfaat buat diri beliau.