mcmc
Kisah Kejayaan

[Q2-2024] CELIK ICT – MUHD. NABIL B. MASDI

Picture1
CELIK ICT
NAMA : MUHD. NABIL B. MASDI
UMUR : 16 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Muhd Nabil merupakan seorang pelajar tingkatan 4 yang bersekolah di SMK Dato’ Klana Putra, Lenggeng, Negeri Sembilan. Nabil merupakan seorang yang aktif dalam akademik dan sukan disekolahnya. Dia juga seorang yang rajin belajar dan sentiasa mencari cara untuk menambah ilmu pengetahuan pada waktu cuti sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Nabil kerap datang ke NADI Lenggeng untuk menggunakan servis ‘printing’ dan fotokopi. Nabil juga sering menggunakan komputer bagi menonton video kegemarannya dan pelbagai jenis tutorial untuk menambah ilmu pengetahuan. Nabil sering membawa rakan-rakan ke NADI untuk menonton tutorial di aplikasi Youtube. Petugas akan mengambil kesempatan dengan mempromosikan perkhidmatan pelajaran ICT kepada Nabil dan rakan-rakan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah mengikuti pembelajaran selama sebulan, iaitu seminggu sekali, Nabil sudah mula memahirkan diri menggunakan aplikasi Microsoft Office. Nabil dapat memantapkan kemahiran menaip dengan baik, mengetahui fungsi-fungsi ‘interface’ Microsoft Office dan boleh menyiapkan tugasan sekolah dengan kemas dan teratur.