USAHAWAN ‘PERNIAGAAN PERCETAKAN’ | |
NAMA | : SITI MUSLIHAH |
UMUR | : 27 TAHUN |
AHLI | : 2017 |
Latar belakang
Puan Siti Muslihah merupakan petugas Pusat Internet Lenggeng. Meskipun sedang bekerja, beliau turut berminat menceburi bidang perniagaan kerana beliau melihat bidang perniagaan ini mempunyai masa depan yang cerah jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Walaupun Puan Siti Muslihah merupakan petugas di Pusat Internet (PI), beliau masih lagi menimba ilmu dan sentiasa mencari peluang perniagaan. Beliau perlu mempelajari teknik yang betul supaya dapat menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui penglibatan kelas-kelas ICT dan perkongsian maklumat di antara PI terdekat, beliau kini dapat menambah pelbagai ilmu berguna dalam merancakkan lagi perniagaan beliau. Beliau juga berpeluang menghadiri kursus dan bengkel yang berkaitan pembangunan perniagaan yang semestinya bermanfaat buat beliau.