mcmc
Kisah Kejayaan

[Q1-2022] CELIK ICT – KHAIROL RIZAL

Khairol Rizal
CELIK ICT
NAMA : KHAIROL RIZAL BIN MUSTAFFAR
UMUR : 39 TAHUN
AHLI : 2020

Latar belakang

En. Khairol Rizal merupakan Imam 2 di masjid kariah berdekatan PEDi Lenggeng. Beliau juga merangkap Ustaz yang sering mengadakan kelas agama kepada komuniti Lenggeng. Selain daripada berkhidmat di Masjid Khairiah Lenggeng, beliau juga merupakan seorang guru kelas agama di Sekolah Rendah Mendum ,Lenggeng. Justeru, beliau sering berkunjung ke PEDi Lenggeng untuk menyelasaikan tugasan sebagai guru dan Imam di Masjid Khairiah Lenggeng

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sering kali mendadpatkan bantuan petugas PEDi Lenggeng untuk membantunya menyelesaikan membuat kertas soalan, cetakan serta penggunaan komputer khususnya  dalam kemahiran penggunaan Microsoft Office (Words & Excell). Kekurangan kemmahiran tentang menggunakan komputer menyukarkan beliau menyiapkan tugasan dengan pantas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dari hari ke hari, En. Khairol semakin baik dalam menggunakan komputer, carian di pelayar google, dan juga penggunaan Microsoft Office terutamanya Words. Tambahan dalam pandemik Covid 19, beliau juga sudah mahir menggunakan zoom meeting dan google meet untuk menjalankan kelas harian tanpa bersemuka bersama para pelajar. Kini, beliau dapat menyiapkan tugasan dengan lebih pantas dan cekap.