KEUSAHAWANAN | |
NAMA | : ZAINAB KASSIM |
UMUR | : 38 TAHUN |
AHLI | : 2019 |
Latar belakang
Puan Zainab merupakan seorang jururawat di Klinik Desa Sungai Machang Hilir, Lenggeng. Walaupun sibuk dengan tugasan kerja harian, beliau bijak menguruskan masa di antara kerja dan juga perniagaan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penglibatan dengan PIK Lenggeng, beliau hanya bekerja sebagai seorang jururawat masyarakat. Beliau rajin berusaha untuk menimba ilmu dan sentiasa mencari peluang bagi menambah pendapatan beliau yang sedia ada dan tidak mahu terus berada dalam zon selesa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mengikuti dan melibatkan diri dengan kelas-kelas keusahawanan dan perkongsian maklumat anjuran Pusat Internet Komuniti Lenggeng, beliau kini telah berani mencuba dan melibatkan diri dalam perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Beliau dan suaminya yang sebelum ini hanya meniaga makanan dari rumah, kini sudah Berjaya membuka kedai jalanan di Mantin. Kini beliau dapat menambah pendapatan keluarga beliau kepada tiga angka sebulan.
__________________________________________________________________________________________