mcmc
Kisah Kejayaan

[Q1 2021] KEUSAHAWANAN – ENCIK MOKHZAMIR

KEUSAHAWANAN
NAMA : MOKHZAMIR MOKHTAR
UMUR : 44 TAHUN
AHLI : 2017

 

Latar belakang

Encik Mokhzamir merupakan ahli berdaftar PIK Lenggeng sejak awal perasmian PIK Lenggeng iaitu pada tahun 2017 lagi. Beliau merupakan ahli aktif dan sering berkunjung ke PIK Lenggeng bagi mendapatkan perkhidmatan di sini. Beliau sudah mempunyai keluarga dan selesa bekerja sendiri bagi menyara kehidupan berkeluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penglibatan dengan PIK, beliau bekerja sendiri dengan mengusahakan penternakan ikan air tawar di kawasan Lenggeng. Beliau hanya fokus dengan satu punca pendapatan itu bagi menyara kehidupannya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Semenjak pendamik Covid-19 melanda negara pada awal tahun 2020, kehidupan dan perniagaan juga turut terjejas teruk. Beliau mencari inisiatif lain dengan mencuba menceburi bidang lain bagi menambah pendapatan sampingan beliau. Beliau mula aktif mengikuti kelas-kelas keusahawan yang diadakan oleh PIK Lenggeng. Beliau telah mula membina perniagaan baharu dengan menjual pakaian dan kasut terpakai.  Kini, beliau berhasil membuka satu premis perniagaan pakaian terpakainya dan juga turut menjual secara dalam talian.

 

.__________________________________________________________________________________________