CELIK ICT | |
NAMA | : MOHAMMAD RIDZUAN BIN HAMDAN |
UMUR | : 33 TAHUN |
AHLI | : 2017 |
Latar belakang
Mohammad Ridzuan merupakan ahli berdaftar PIK Lenggeng sejak awal perasmian PIK Lenggeng lagi iaitu pada tahun 2017. Beliau merupakan pekerja sektor swasta dan sering memerlukan kemudahan komputer, capaian internet yang stabil dan cetakan bagi memudahkan urusan kerja beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sejak pembukaan PIK Lenggeng, Mohammad Ridzuan sering berkunjung ke PIK Lenggeng bagi menggunakan kemudahan sedia ada di PIK ini. Namun, seiring dengan teknologi semasa yang pantas berubah, Mohammad Ridzuan sering ketinggalan dalam mengikuti arus teknologi zaman kini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Hasil sering kali berkunjung di PIK Lenggeng, Mohammad Ridzuan dapat mengetahui pelbagai teknologi masa kini yang dapat memudahkan urusan kerja beliau. Selain mengikuti kelas-kelas ICT, beliau juga turut terlibat dengan latihan keusahawanan yang diadakan di PIK Lenggeng. Kini beliau semakin cekap mengendalikan komputer dan berpengetahuan dalam asas teknologi masa kini.