mcmc
Kisah Kejayaan

[Q1 2020] CELIK ICT – NUR SYAFIQAH

CELIK ICT
NAMA : NUR SYAFIQAH
UMUR : 16 TAHUN
AHLI : 2017

 

Latar belakang

Adik Syafiqah merupakan salah seorang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, Lenggeng.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Lenggeng bersama sahabat karibnya, bagi membuat tugasan sekolah yang diberikan oleh guru sekolahnya. Beliau turut mendapatkan khidmat bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas terutama  sekali untuk tugasan yang melibatkan penggunaan komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada musim cuti persekolahan tahun lepas, beliau telah menghadirkan diri ke bengkel kemahiran komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Lenggeng, khusus untuk para pelajar sekolah. Sepanjang bengkel tersebut berlangsung, beliau bijak memanfaatkan peluang yang ada dengan rajin bertanyakan soalan sekiranya tidak faham akan sesuatu perkara. Tugasan-tugasan yang diberikan oleh petugas juga dapat dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Banyak perubahan positif yang ditunjukkan oleh beliau selepas penglibatan beliau dalam bengkel terbabit.