mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM LESTARI BUMI : KEMPEN BELI MINYAK MASAK TERPAKAI

Telah berlangsung dengan jayanya Program Lestari Bumi : Kempen Membeli Minyak Terpakai, satu inisiatif dari NADI Lenggeng bagi melestarikan alam sekitar yang telah diadakan pada :

Tarikh : 11/10/2025 (Sabtu)

Waktu : 12 tengahari hingga 3 petang

Lokasi : NADI Lenggeng, Dewan Orang Ramai, Negeri Sembilan.

Program singkat ini telah berjaya mengumpulkan lebih 200Kg minyak masak terpakai dari kalangan penduduk Lenggeng yang akhirnya boleh diguna semula dalam pembuatan Bio-Diesel. Selain menjaga kelestarian alam, program ini juga dapat menjana kitaran pendapatan sampingan kepada penduduk setempat dari penggunaan minyak masak harian. Terima kasih bagi semua yang telah menyokong program ini. Jom bersama selamatkan bumi dan poket kita. 🙂

#nadilenggeng#beliminyakmasakterpakai

#programlestarialam