En. Mohammad Ridzuan merupakan seorang ahli berdaftar PEDi semenjak tahun 2017. Beliau merupakan pengusaha kereta sewa kawasan sekitar Kampung Sungai Machang Hilir, Lenggeng. Beliau menggunakan platform sosial media seperti facebook untuk mempromosikan iklan kereta sewa kepada komuniti Lenggeng dan juga Beranang. Hasil pendapatan daripada perniagaan kereta sewa setelah menggunakan platform media sosial telah melonjakkan naik serta dikenali sehingga ke kawasan Semenyih dan Kajang, Selangor.
Beliau juga sering mendapatkan tunjuk ajar dan mengikuti kelas keusahawan anjuran PEDi Lenggeng untuk mendapatkan informasi tambahan mengenai e-commerce.