Pelancongan merupakan suatu bidang pelaburan baru yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri lain yang berperanan dalam pembangunan Malaysia menuju negara maju menjelang tahun 2020. Selain itu, sektor pelancongan juga dapat memajukan bidang perniagaan dan meningkatkan ekonomi negara Malaysia.
Terdapat beberapa lokasi pelancongan dan tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Lenggeng. Antaranya ialah:
DUSUNNAS AGRO
Merupakan sebuah tempat agrotourism yang berada di Kg. Chelogeh Ulu Beranang, Lenggeng yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti campsite dan rekreasi yang sesuai dijalankan bersama keluarga atau aktiviti sekolah. DusunNas juga menawarkan buah durian yang segar daripada pokok durian yang ditanam oleh pemiliknya. Ia adalah tempat yang tepat bagi pengunjung yang tidak berpengalaman merasai keseronokkan makan durian sejurus jatuh daripada pokok sambil berehat dalam kawasan yang kaya dengan alam semulajadi.
sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=106960439114297&set=pb.100094010232415.-2207520000&type=3
ARAWANA RESORT LENGGENG
Merupakan sebuah tempat peranginan yang terletak di Taman Arawana Lenggeng dah hanya sejauh 2.8 km dari PEDi Lenggeng. Antara kemudahan yang disediakan adalah rumah/ bilik tidur pelbagai pakej tanpa dan dengan ‘private pool’.
sumber : https://www.facebook.com/profile.php?id=100090663122465&mibextid=LQQJ4d
JELATOK RETREAT FARM
Merupakan sebuah destinasi ‘agro-eco-tourism’ yang terletak jauh ke dalam dari jalan besar di bukit Kampung Jelatok, Mendom Lenggeng. Pengunjung boleh beristirahat dalam suasana yang tenang sambil mengamati pemandangan hutan yang menghijau.
sumber : https://lenggeng.my/
RABBIT FUN LAND
Lokasinya terletak hanya 750 meter dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lenggeng.
sumber : https://www.facebook.com/RabbitFunLand/
AS EQUINE DAN HOMESTAY RAWA
Lokasi : Lot 32,bt2,Kg Rawa Hilir,N30,Kampung Rawa,
71750 Lenggeng,Negeri Sembilan.
sumber : https://www.facebook.com/asequine1/
HUTAN LIPUR LENGGENG
Kawasan ini sesuai bagi mereka yang ingin beristirehat, berkhelah, bermandi-manda dan melakukan aktiviti riadah yang lain.