mcmc
INFO NADI

MEROKOK MENINGKATKAN RISIKO COVID-19

Tabiat merokok telah terbukti mengakibatkan pelbagai jenis penyakit serta boleh melemahkan sistem imuniti

WHO melalui kenyataan yang telah dikeluarkan pada 27 Mei 2020, dan disokong dengan beberapa kajian yang dijalankan mendapati golongan perokok adalah berisiko TINGGI untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti virus COVID-19.

COVID-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamanya paru-paru. Merokok merosotkan fungsi paru-paru, justeru menjadikan badan kita lebih sukar untuk melawan Coronavirus dan penyakit- penyakit lain.