mcmc
Kisah Kejayaan

[Q2 2018] KEUSAHAWANAN – SITI MUSLIHAH

Latar belakang

Cik Siti Muslihah merupakan petugas Pusat Internet Lenggeng. Meskipun sedang bekerja, beliau turut berminat menceburi bidang perniagaan kerana beliau melihat bidang perniagaan ini mempunyai masa depan yang cerah jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Walaupun Cik Siti Muslihah merupakan petugas di Pusat Internet (PI),beliau masih belum mengetahui teknik dan tip-tip perniagaan yang betul. Beliau perlu mempelajari teknik yang betul supaya dapat menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui penglibatan kelas-kelas ICT dan perkongsian maklumat di antara  Pusat Internet terdekat, beliau kini dapat menambah pelbagai ilmu berguna dalam merancakkan lagi perniagaan beliau. Beliau juga berpeluang menghadiri kursus dan bengkel yang berkaitan pembangunan perniagaan yang semestinya bermanfaat buat beliau.