Latar Belakang
Cik Siti Munirah merupakan seorang pelajar di salah sebuah institusi yang terletak di Melaka. Sejak dahulu beliau memang berminat dan menjalankan perniagaan di kolej kediaman beliau dan kenalan terdekat sahaja.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini beliau hanya menawarkan servis secara kecil-kecilan sahaja.Dan hanya menjalankan servis kepada kenalan rapat beliau sahaja ini kerana beliau perlu menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebagai pelajar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mempromosikan produk beliau di laman sosial, beliau turut mendapat banyak tempahan bukan sahaja dalam kalangan rakan-rakan di kolej kediaman beliau sahaja. Kini beliau turut mempelbagaikan lagi produk kuih kapit beliau dengan dua lagi perisa yang lain.