Latar belakang
Puan Rozana merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra Lenggeng. Beliau turut menjalankan perniagaan secara sambilan di sekolah dan di sekitar kawasan kejiranan tempat tinggal beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebagai seorang guru beliau memang sudah faham asas bagi penggunaan komputer. Namun beliau ingin meningkatkan tahap kemahiran ICT beliau agar dapat dimanfaatkan dalam urusan kerja dan perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas ICT yang dianjurkan petugas Pusat Internet Lenggeng, beliau kini dapat menguasai penggunaan Microsoft Office dengan lebih baik. Perniagaan beliau juga bertambah maju berbanding sebelumnya.