Latar belakang
Cik Safiyyah merupakan seorang pelajar yang menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Selain itu, beliau turut menjalankan pelbagai jenis perniagaan secara kecil-kecilan yang dapat menambah pendapatan beliau semasa bergelar pelajar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini rata-rata pelanggan beliau hanyalah pelajar sekitar kawasan kolej kediaman beliau dan jana pendapatan sampingan beliau juga kurang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau memanfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari dalam mempromosikan perniagaan beliau. Kini pendapatan sampingan beliau meningkat dan pelanggan beliau juga turut bertambah.