mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2018] KEUSAHAWANAN – NUR FAEZATUL TASNIM

Latar belakang

Tasnim merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra Lenggeng. Beliau seorang pelajar yang pintar dan rajin membantu ibu bapanya berniaga pada waktu petang selepas selesai sesi persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau sering datang ke pusat internet bersama rakan-rakannya untuk membuat rujukan berkenaan dengan tugasan sekolah. Setelah mengetahui bahawa di pusat internet ini, adanya kelas serta bengkel kemahiran keusahawanan secara percuma, beliau begitu teruja untuk memasuki kelas tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti kelas-kelas anjuran Pusat Internet Lenggeng, beliau  memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan membantu mengembangkan perniagaan yang diusahakan oleh ibu bapa beliau. Kini beliau juga membuat perkhidmatan menghantar makanan terus ke rumah atau lebih dikenali dengan COD (Cash On Delivery) kepada pelanggannya di sekitar Lenggeng.