Latar belakang
Haji Mustapha merupakan pesara kerajaan lebih dari 2 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang guru dan isteri beliau juga merupakan seorang guru dan ini telah mencetuskan idea kepada Haji Mustapha untuk membuka pusat tuisyen di kampungnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penglibatan Haji Mustapha bersama pusat internet, perniagaan beliau lebih terjurus kepada Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sahaja tanpa ada pendedahan kepada dunia teknologi masa kini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Di Pusat Internet Lenggeng, beliau telah didedahkan kepada teknologi masa kini yang banyak boleh dimanfaatkan bagi memajukan pusat tuisyen beliau. Petugas di pusat internet telah membantu Haji Mustapha dengan cara menunjukkan kaedah promosi masa kini dan teknologi pembelajaran terbaru. Sedikit sebanyak, Haji Mustapha mula mengikuti peredaran pembelajaran masa kini yang lebih banyak menggunakan internet dan peralatan teknologi masa kini.