Latar belakang
Encik Ariffin merupakan seorang pesara guru. Selepas bersara, beliau menjalankan perniagaan menjual kelapa milik beliau secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau sebelum ini hanya mengetahui asas kemahiran komputer sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau mula turut serta dalam program kelas ICT (Information and Communication Technology) anjuran Pusat Internet Lenggeng ini setelah mengetahuinya daripada rakan sekampung beliau. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet setiap kali petugas Pusat Internet membuat program ICT. Hari demi hari kemahiran ICT beliau semakin baik daripada sebelumnya. Beliau tidak pernah jemu dalam menuntut ilmu ini walaupun beliau semakin berusia.