mcmc
Kisah Kejayaan

[Q3 2019] KEUSAHAWANAN – ENCIK RIDZUAN

Latar belakang

Mohammad Ridzuan merupakan ahli berdaftar PI Lenggeng yang sedang bekerja di salah sebuah syarikat sektor swasta di Puchong, Selangor. Meskipun sedang bekerja, beliau turut berminat menceburi bidang perniagaan kerana beliau melihat bidang perniagaan ini mempunyai masa depan yang cerah jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum melibatkan diri dalam bidang perniagaan, beliau seringkali berkira-kira apakah jenis perniagaan yang sesuai untuk dijalankan memandangkan waktu beliau sangat terikat dengan rutin harian pekerjaan yang padat. Beliau hanya bekerja sepenuh masa di sektor swasta tanpa ada sebarang pekerjaan sampingan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Bermula awal tahun 2018, beliau sering berkunjung di Pusat Internet Lenggeng untuk menyertai program keusahawanan dan latihan ICT yang diadakan. Beliau sering mendapatkan bantuan petugas untuk mendalami ilmu keusahawan yang boleh digunapakai untuk beliau memulakan perniagaan kereta sewa. Dengan bantuan petugas Pusat Internet Lenggeng, kini beliau telah mula menjalankan perniagaan kereta sewa beliau dan dapat menjana pendapatan sampingan dengan purata RM500.00 sebulan.