CELIK ICT | |
NAMA | : MISKIAH BINTI MOHD AMIL |
UMUR | : 47 TAHUN |
AHLI | : 2023 |
Latar belakang
Puan Miskiah bekerja sebagai ‘recruiter’ dan bekerja bebas. Menjadi seorang recruiter memerlukan Puan Miskiah untuk berkemahiran dalam IT dan digital. Semenjak PKP, beliau menjalankan aktiviti mencari pekerja untuk syarikat yang menggunakan khidmatnya secara atas talian
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Miskiah mengenali NaDi melalui sahabatnya yang sering berkunjung ke NaDi untuk mendapatkan servis fotostat dan printing. Puan Miskiah mendaftar sebagai ahli dan merebut peluang untuk belajar MS Office Excell yang beliau kurang mahir demi kelancaran proses pengambilan pekerja untuk clientnya. Beliau mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas NaDi untuk membantu beliau tentang asas perisisan komputer seperti Excell.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti pembelajaran selama sebulan, iaitu seminggu sekali, Puan Miskiah telah mahir menggunakan MS Office Excell untuk mengemaskini maklumat calon temu duga secara teratur dan mudah. Antara pembelajaran yang membantu Puan Miskiah adalah mendapatkan jumlah data calon dengan memasukkan formula yang mudah tanpa perlu mengira menggunakan kalkulator. Data yang banyak mudah disusun mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Puan Miskiah juga dapat belajar secara tidak langsung tentang cara membuat poster menggunakan aplikasi Canva.