mcmc
Kisah Kejayaan

[Q2 2019] CELIK ICT – NURUL WAHIEDA

Latar belakang

Adik Wahieda merupakan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau rajin mencari inisiatif bagi mengisi masa lapang beliau dengan melakukan perkara yang berfaedah dan bermanfaat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Lenggeng bagi melakukan tugasan kerja kursus dan membuat ulangkaji bersama rakan sekelasnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas tamat alam persekolahan beliau datang ke pusat internet dan menyatakan hasratnya yang ingin menyertai kursus asas komputer anjuran pusat internet. Setelah menyertai kursus tersebut hampir beberapa minggu, beliau telah dapat menguasai pelbagai ilmu berkaitan komputer dan internet dengan baik.