Latar belakang
Cik Fazila merupakan seorang murid lepasan SPM yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, Lenggeng.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau merupakan seorang murid yang rajin dan aktif. Sebelum ini beliau hanya mengetahui serba sedikit sahaja dalam penggunaan komputer dan internet kerana semasa di sekolah beliau tidak berpeluang untuk mempelajari ilmu kemahiran ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah mengikuti bengkel celik ICT selama 3 bulan, kini beliau telah mahir dalam penggunaan internet dan komputer. Beliau juga sudah mahir untuk membuat surat, resume, menghantar dokumen melalui akaun gmail dan macam-macam lagi.