Latar belakang
Sofia merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra Lenggeng. Beliau juga turut dikenali sebagai salah seorang ahli aktif Persatuan Kelab Komputer di sekolah terbabit.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sekiranya ada waktu lapang, Sofia gemar berkunjung ke pusat internet dengan tujuan melayari internet serta membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh gurunya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setiap kali petugas mengadakan kelas / aktiviti secara santai untuk pelajar-pelajar sekolah, beliau rajin menghadirkan diri bersama rakan-rakannya. Banyak ilmu bermanfaat yang beliau perolehi sepanjang kelas tersebut berlangsung. Secara tidak langsung, ini dapat menambahkan lagi ilmu kemahiran komputer dan kemahiran penggunaan internet beliau. Sedikit sebanyak beliau dapat memanfaatkan ilmu ini, terutama sekali ketika membuat tugasan sekolah yang kini memang amat memerlukan pengetahuan asas berkaitan komputer.