Latar belakang
Encik Azizul bertugas sebagai pembantu tadbir di Sekolah Kebangsaan Sungai Jai. Beliau tinggal berdekatan dengan Pusat Internet Lenggeng.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau merupakan seorang petugas yang rajin dalam melaksanakan tugasannya. Pekerjaan beliau lebih tertumpu ke arah luar pejabat, namun begitu pihak sekolah turut menggalakkan beliau untuk mempelajari kemahiran asas komputer dan internet ini . Ini kerana zaman sekarang, lebih memerlukan kemahiran sebegitu dalam pekerjaan. Lagi pula beliau tidak begitu mahir dalam menggunakan komputer dan hanya tahu asas penggunaan internet seperti ‘Whatsapp’ dan ‘Facebook’ sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas menyertai kelas kemahiran ICT selama sebulan beliau kini dapat menguasai penggunaan komputer dengan baik. Beliau juga kini sudah boleh menaip surat, mencetak surat daripada emel dan boleh mengendalikan emel dengan baik. Setiap arahan kerja yang diberi dapat disiapkan pada masanya.