Program NADI x Komuniti MADANI telah berlangsung dengan jayanya di NADI Lenggeng pada 01 Mac 2025 (Sabtu). Seramai 6 orang ahli Komuniti MADANI Mantin telah menyertai sesi ini pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Petugas NADI Lenggeng memberi penerangan tentang taklimat pengenalan NADI dan program perkhidmatan pintar di NADI. Para peserta turut didedahkan tentang kelas kesedaran keselamatan internet tentang modus operandi jenayah penipuan dalam talian termasuklah cara mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Program ini juga turut dihadiri oleh Encik Heru Herman (Pembantu Penerangan Daerah Seremban).
Pihak NADI Lenggeng mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen yang baik daripada semua peserta dan pihak JAPEN yang hadir. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan disebar luaskan kepada komuniti yang lain.