mcmc
Kisah Kejayaan

[Q2-2023] CELIK ICT – NUR HAZLINA NADHIRAH BINTI HABU AL WAZIE

WhatsApp Image 2023 06 16 at 9.35.29 AM
CELIK ICT
NAMA : NUR HAZLINA NADHIRAH BINTI HABU AL WAZIE
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : 2023

Latar belakang

Nadhirah merupakan lepasan tingkatan 5 yang baru sahaja menerima keputusan SPM 2022. Beliau bersekolah di SMK Dato’ Klana Putra Lenggeng yang terletak dalam 5km dari tempat tinggalnya. Nadhirah seorang yang rajin belajar dan dapat dibuktikan dengan keputusan SPM yang membanggakan yang baru diperolehi. Nadhirah berasal dari keluarga yang biasa dengan Ibu dan Ayahnya menjalankan kerja-kerja kampung bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Dengan kekurangan yang dialami, Nadhirah menggunakan kemudahan yang disediakan di PEDi Lenggeng seperti tempat yang kondusif dan penggunaan komputer yang mudah diakses.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nadhirah merupakan pelajar sekolah yang tinggal di asrama, justeru beliau mempunyai kekangan waktu untuk hadir ke pusat IT yang berhampiran dengan tempat kediaman. Namun, ibu bapa Nadhirah sering berkunjung ke PEDi untuk mendapatkan bantuan dari segi e-servis, fotostat, printing dan menulis surat rasmi dan dari situ Nadhirah mengetahui mengenai pusat IT yang dikenali sebagai PEDi. Setelah mendapat penerangan daripada petugas tentang keistimewaan menjadi ahli di PEDi, Nadhirah bersetuju untuk menjadi ahli dengan pembayaran RM5 seumur hidup. Nadhirah agak kekok menggunakan perisian komputer pada awalnya, namun setelah mendapat tunjuk ajar daripada petugas, Nadhirah semakin hari semakin mahir menggunakan komputer dan e-servis dengan cekap.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nadhirah menunjukkan peningkatan yang memberansangkan dalam menggunakan laman web apabila beliau membuat permohonan biasiswa/ tajaan pelajaran secara sendiri tanpa perlu diawasi oleh petugas. Nadhirah juga meningkatkan penguasaan menggunakan perisian komputer dengan mempelajari cara memuat turun dan memuat naik dokumen peribadi ketika membuat permohonan tajaan pelajaran yang kebanyakkannya dipohon secara atas talian. Nadhirah juga telah belajar cara edit gambar bersaiz passport untuk digunakan untuk kemaskini profil diri sebagai persediaan memasuki alam Institut Pengajian Tinggi.