CELIK ICT | |
NAMA | : ISKANDAR DZULKARNAIN BIN HAMZAH |
UMUR | : 27 TAHUN |
AHLI | : 2018 |
Latar belakang
Iskandar merupakan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang baru bergraduasi pada penghujung 2021.Setelah tamat pengajian, beliau membuka sebuah syarikat kecil bersama rakannya yang dikenali sebagai Saladin Electro Services. Syarikat kecil mereka ini menyediakan perkhidmatan wiring, membaiki mesin basuh dan barangan elektrik rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Semasa dalam pengajian di peringkat Sarjana Muda, ketika cuti semester, Iskandar sering berkunjung ke PEDi Lenggeng untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer serta aplikasi atas talian yang memerlukan sambungan capaian internet yang baikt berbanding menggunakan capaian internet di rumah. Antara pengisian komputer yang dipelajari adalah memantapkan kemahiran menggunakan perisian asas komputer seperti Microsoft Office (Words, Power Point dan Excell). Perisian ini membantu Iskandar untuk lebih mahir menaip dan menyelesaikan thesis dan projek akhir tahun sebelum bergraduasi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kecekapan Iskandar dalam menggunakan Microsoft Office memudahkan beliau untuk menyudahkan tugasan lebih pantas berbanding rakan-rakan lain. Di samping itu, Iskandar juga dapat menggunakan kemudahan lain yang disediakan di PEDi Lenggeng seperti mesin cetak, binding dan juga laminate. Setelah membuka syarikat bersama rakan, Iskandar masih berkunjung ke PEDi Lenggeng untuk mengemaskini maklumat syarikat, penyata akaun tahunan dan sebagainya. Iskandar juga mendapatkan tunjuk ajar daripada petugas PEDi Lenggeng jika sekiranya kurang faham tentang aplikasi atas talian.