Latar belakang
Encik Zakaria merupakan Ketua Kampung bagi kawasan Lenggeng. Beliau bukan sahaja aktif sebagai ketua kampung, beliau turut berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Beliau kini telah mempunyai pusat rawatan dan kesihatan atau lebih dikenali sebagai spa kecantikan .
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini beliau hanya mengetahui serba sedikit sahaja dalam penggunaan komputer ini. Beliau juga tidak tahu bagaimana proses sebenar untuk mendaftarkan iklan papantanda bagi spa beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas mendapatkan bantuan daripada petugas Pusat Internet serta memanfaatkan perkhidmatan yang terdapat Pusat Internet, kini spa beliau dapat beroperasi sepenuhnya dan menerima kunjungan ramai pelanggan.