mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2021] CELIK ICT – ZAKARIA

Q42
CELIK ICT
NAMA : ZAKARIA BIN ZAINAL ABIDIN
UMUR : 71 TAHUN
AHLI : 2017

 

Latar belakang

En. Zakaria Bin Zainal Abidin telah mendaftar sebagai ahli di PEDi Lenggeng semenjak awal penubuhan PEDi Lenggeng iaitu pada tahun 2017. Beliau merupakan ketua kampung yang sentiasa sibuk menyelesaaikan masalah penduduk kampung. Justeru itu, beliau sering ke pusat ekonomi digital keluarga Malaysia untuk menggunakan kemudahan sedia ada seperti komputer, capaian internet yang stabil dan cetakan bagi memudahkan urusan kerja beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sering kali meminta bantuan daripada anak-anak dan bantuan pengurus PEDi untuk membantu menaip surat tidak rasmi menggunakan MS Office. Namun, disebabkan kekerapan menggunakan komputer untuk menyelesaikan urusan, beliau nekad ingin belajar menggunakan MS Office. Tambahan pula, di PEDi telah tersedia lengkap dengan komputer, mesin mencetak, fotokopi dan capain internet yang memudahkan urusan beliau. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Di samping mampu menggunakan komputer dengan lebih baik, En. Zakaria Bin Zainal Abidin juga semakin mahir menggunakan email, aplikasi whatsapp web untuk menghantar dokumen yang penting. Tahap kemampuan menggunkan internet juga semakin baik walaupun di usia beliau yang telah mencecah 71 tahun. Beliau juga semakin mahir memuat naik gambar serta mengedit gambar tersebut.