mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

Kemudahan awam yang terdapat di Lenggeng boleh disifatkan sebagai sempurna dan hampir lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, dewan orang ramai, jalanraya berturap, pondok telefon, pusat kegiatan keusahawanan, surau dan masjid turut terdapat di Lenggeng.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pos, kesihatan, pentas kebudayaan dan keperluan harian di Pekan Lenggeng.

Pejabat Pos, Pekan Lenggeng

Dewan Orang Ramai Lenggeng

Masjid Khairiah Lenggeng

Pentas Budaya, Lenggeng