CELIK ICT | |
NAMA | : SITI HAJAR BINTI ABDULLAH |
UMUR | : 20 TAHUN |
AHLI | : 2017 |
Latar belakang
Siti Hajar merupakan ahli berdaftar PIK Lenggeng sejak awal perasmian PIK Lenggeng lagi iaitu pada tahun 2017. Beliau merupakan pelajar institusi pengajian tinggi dan sering berkunjung ke pusat internet komuniti untuk menggunakan kemudahan sedia ada seperti komputer, capaian internet yang stabil dan cetakan bagi memudahkan urusan kerja beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sejak pembukaan PIK Lenggeng, Siti Hajar sering berkunjung ke PIK Lenggeng bagi menggunakan kemudahan sedia ada di sini. Namun, berikutan pendamik Covid-19, beliau menghadapi kesukaran bagi mengikuti pembelajaran dalam talian kerana beliau kurang mahir dalam menggunakan teknologi dan aplikasi terkini bagi mengikuti pengajian kelas di universiti beliau.Tambahan pula, pembelajaran dari rumah menyukarkan beliau kerana akses internet dan alat peranti telefon pintar yang terhad di rumah beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Petugas mencadangkan Siti Hajar supaya hadir ke PIK Lenggeng sekiranya beliau ingin menyiapkan tugasan dan mengikuti kelas pembelajaran dalam talian yang diadakan oleh universiti beliau di sini. Siti Hajar kini mahir menggunakan aplikasi terkini yang digunakan dalam sesi pembelajaran universiti dengan bantuan daripada petugas. Kini beliau sudah mahir mengendalikan aplikasi dalam talian dalam menyiapkan tugasan beliau.