mcmc
Kisah Kejayaan

[Q2 2021] CELIK ICT – SITI AISHAH

CELIK ICT
NAMA : SITI AISHAH BINTI ALI
UMUR : 50 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Puan Aishah merupakan ahli berdaftar PIK Lenggeng sejak tahun 2018. Beliau merupakan suri rumah tangga yang menjalankan perniagaan menjual kuih muih secara kecil-kecilan di sekitar kampung. Permintaan kuih muih nya yang tinggi menyebabkan Puan Aishah terpaksa mempelajari asas kemudahan komputer untuk memudahkan urusan perniagaan yang diusahakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Segala pengetahuan tentang pembuatan kuih muih adalah mengikut resepi turun temurun keluarganya, namun disebabkan peredaran zaman, beliau terpaksa mempelbagaikan lagi jenis kuih yang terkini. Justeru itu, Puan Aishah sering kali menonton perkongsian resepi melalui aplikasi Youtube. Sejak pembukaan PIK Lenggeng, Puan Aishah sering berkunjung ke PIK Lenggeng bagi menggunakan kemudahan sedia ada di PIK di samping capaian internet yang lebih pantas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Aishah kini semakin cekap menghasilkan pelekat nama bagi kuih muihnya menggunakan aplikassi asas di komputer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel. Selain itu, beliau juga mampu menjalankan transaksi bank menggunakan Maybank2u bagi memudahkan proses pembayaran daripada pelanggan-pelanggan nya. Puan Aishah juga dapat menguruskan pendaftaran sekolah anak-anaknya di PIK seperti pendaftaran pelajar tahun 1 bagi tahun 2021/2022. Kini beliau semakin cekap mengendalikan komputer dan berpengetahuan dalam asas teknologi terkini.