mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2020] CELIK ICT – NUR SERI DAYANI

CELIK ICT
NAMA : NUR SERI DAYANI BINTI ISHAK
UMUR : 12 TAHUN
AHLI : 2017

 

Latar belakang

Adik Dayani merupakan seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra Lenggeng. Beliau juga merupakan salah seorang pengawas di sekolah tersebut. Tahun ini beliau bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Semasa di sekolah beliau memegang peranan sebagai salah seorang ahli kelab komputer hal ini kerana minat beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu kemahiran komputer. Selain di sekolah beliau turut sama bergiat aktif menyertai pelbagai aktiviti dan program yang di anjurkan oleh Pusat Internet Lenggeng terutama semasa waktu kokurikulum.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Adik Dayani dilihat semakin cekap dan mahir dalam mengendalikan perkakasan komputer serta dapat memahami apa yang diajar oleh para petugas. Beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu yang diperolehi dengan ahli kelab tersebut dan sedia membantu rakan-rakan yang lain.