CELIK ICT | |
NAMA | : MUHAMMAD IRFAN ASHRAF |
UMUR | : 13 TAHUN |
AHLI | : 2018 |
Latar belakang
Irfan, anak muda berusia 13 tahun yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra Lenggeng. Beliau merupakan seorang yang peramah dan mudah disapa oleh sesiapa sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini beliau sering kali berkunjung ke pusat internet bagi membuat tugasan sekolah bersama rakan-rakannya. Beliau juga turut mendapatkan khidmat bantuan daripada para petugas lebih-lebih lagi jika tugasannya itu melibatkan penggunaan komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setiap kali petugas mengadakan aktiviti santai seperti kuiz menguji minda quizizz.com, teknik suntingan gambar canva.com serta asas pengendalian e-mel, beliau secara sukarela akan mendaftarkan diri untuk menghadirinya. Kini beliau dilihat sudah mahir dalam mengendalikan komputer dengan baik.