mcmc
Kisah Kejayaan

[Q2 2020] KEUSAHAWANAN – SITI MUSLIHAH

USAHAWAN ‘PERNIAGAAN PERCETAKAN’
NAMA : SITI MUSLIHAH
UMUR : 27 TAHUN
AHLI : 2017

 

Latar belakang

Puan Siti Muslihah merupakan petugas Pusat Internet Lenggeng. Meskipun sedang bekerja, beliau turut berminat menceburi bidang perniagaan kerana beliau melihat bidang perniagaan ini mempunyai masa depan yang cerah jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Walaupun Puan Siti Muslihah merupakan petugas di Pusat Internet (PI), beliau masih lagi menimba ilmu dan sentiasa mencari peluang perniagaan. Beliau perlu mempelajari teknik yang betul supaya dapat menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui penglibatan kelas-kelas ICT dan perkongsian maklumat di antara  PI terdekat, beliau kini dapat menambah pelbagai ilmu berguna dalam merancakkan lagi perniagaan beliau. Beliau juga berpeluang menghadiri kursus dan bengkel yang berkaitan pembangunan perniagaan yang semestinya bermanfaat buat beliau.