mcmc
INFO NADI

BAGAIMANA MYSEJAHTERA MEMBANTU ANDA

Bagaimana Mysejahtera membantu anda dalam pencegahan COVID-19.

1) Carian kontak
Jika anda terdapat kontak dengan individu COVID-19, atau anda pernah check-in ke premis positif COVID-19 yang berdaftar dengan Mysejahtera anda akan mudah untuk dihubungi oleh KKM.

2) Menilai faktor risiko diri
Jika anda mempunyai risiko rendah, anda mungkin selamat daripada COVID-19. Jika anda mempunyai risiko tinggi, saranan kesihatan atau langkah seterusnya akan diberikan (seperti Saringan dsb).

3) Hotspot
Mengesan kes di sekitar kawasan anda. Anda boleh amalkan langkah pencegahan yang lebih dan bersedia jika ada kes positif di tempat anda.

4) Individu kuarantin
Semua individu yang dikuarantin disarankan untuk memuat turun apps agar mereka dapat dipantau seperti gejala dan kontak rapat. Jika anda yang tidak dikuarantin memuat turun apps ini juga ianya boleh membantu dari segi carian kontrak dengan individu yang dikuarantin.

Jangan lupa muat turun aplikasi Mysejahtera.

Sumber : Public Health Malaysia