USAHAWAN ‘DROPSHIP’ | |
NAMA | : AHMAD SUFI |
UMUR | : 22 TAHUN |
AHLI | : 2018 |
Latar belakang
Ahmad Sufi merupakan seorang mahasiswa dan sedang giat mengusaha dan menguruskan perusahaan persendirian beliau iaitu dengan menjadi ‘dropship’ bagi produk kesihatan. Tujuan beliau menjalankan perniagaan ini adalah bagi menambah pendapatan sampingannya bagi menampung kos perbelanjaan di universiti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sejak awal penglibatannya bersama Pusat Internet Lenggeng, beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Lenggeng bagi mendapatkan informasi berkenaan tugasan beliau sebagai seorang mahasiswa. Beliau mahir menggunakan perkakasan komputer, namun beliau tidak mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Di Pusat Internet Lenggeng, beliau telah didedahkan kepada teknologi masa kini yang banyak boleh dimanfaatkan bagi menjalankan sebarang bentuk perniagaan. Petugas di pusat internet telah membantu Ahmad Sufi dengan cara menunjukkan keadah promosi masa kini yang banyak menggunakan aplikasi dalam talian seperti Facebook Ads, Facebook Marketplace, Shopee.com dan lain-lain. Semenjak itu, Ahmad Sufi mula menjalankan perniagaannya berfokuskan produk-produk kesihatan secara dalam talian menggunakan kaedah ‘dropship’. Hasil daripada menjalankan perniagaannya ini bermula pada tahun 2018, Ahmad Sufi dapat menambah pendapatan sampingan beliau sekitar RM100.00 sehingga RM250.00 sebulan tanpa mengeluarkan modal yang tinggi.