mcmc
Kisah Kejayaan

[Q1 2020] KEUSAHAWANAN – PUAN FATIMAH

USAHAWAN SARDIN VIRAL
NAMA : SITI FATIMAH
UMUR : 39 TAHUN
AHLI : 2017

 

Latar belakang

Puan Fatimah merupakan seorang suri rumah. Namun ini tidak menghalang beliau untuk menjana pendapatan sampingan keluarganya dengan memulakan langkah menjual produk “Sardin Viral”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau merupakan salah seorang ahli aktif di Pusat Internet Lenggeng. Beliau juga sering berkunjung ke pusat internet bagi mendapatkan latihan serta bimbingan daripada petugas di sini terutama dalam ilmu kemahiran komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Berkat usaha beliau yang rajin mencari inisiatif untuk mencari ilmu dengan berkunjung ke pusat internet, kini beliau sudahpun mahir dalam menggunakan perisian komputer, Microsoft Office, emel, penggunaan media sosial terkini seperti Facebook dan Whatsapp Web bagi tujuan promosi produk jualan khususnya. Secara tidak langsung, ini dapat menambah sumber pendapatan keluarganya dalam lingkungan RM 100.00 ke RM 200.00 sebulan.