USAHAWAN PREPAID ONEXOX | |
NAMA | : RIDZUWAN BIN MOHD FADHIL |
UMUR | : 31 TAHUN |
AHLI | : 2017 |
Latar belakang
En. Ridzuwan merupakan ahli aktif Pusat Internet Lenggeng sejak tahun 2017 lagi. Beliau berumur 31 tahun dan bekerja di bawah sektor kerajaan di Jabatan Pertanian Lenggeng, Negeri Sembilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
En Ridzuwan sejak awal penglibatan bersama Pusat Internet Lenggeng, beliau sering berkunjung ke pusat internet bagi menyiapkan tugasan kerja harian beliau dengan menggunakan kemudahan internet dan fasiliti di sini. Bermula 2018, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan di mana beliau sendiri telah menyertai beberapa kelas keusahawanan dan kelas ICT anjuran Pusat Internet Lenggeng.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah penglibatan beliau bersama Pusat Internet Lenggeng dalam aktiviti keusahawanan, beliau mula menunjukkan minat dalam aktiviti keusahawanan. Beliau mula menyertai kumpulan usahawan dalam menjalankan aktiviti penjualan kad sim prepaid OneXox. Beliau menggunakan kaedah yang telah dipelajari di pusat internet dalam mempromosi produk beliau. Dengan pekerjaan kedua beliau ini, beliau dapat menambah pendapatan sampingan beliau dalam RM100.00 hingga RM500.00 sebulan.