mcmc
Kisah Kejayaan

[Q4 2019] KEUSAHAWANAN – PUAN ROSENITA

USAHAWAN BOUQUET
NAMA : ROSENITA BINTI ABRAHIM
UMUR : 39 TAHUN
AHLI : 2018

 

Latar belakang

Puan Rosenita bekerja sebagai pembantu tabika di Tabika Kemas PKD Lenggeng. Beliau mempunyai banyak waktu lapang selepas tamat sesi persekolahan membuatkan beliau mencari peluang dan kemahiran bagi mengisi masa beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Rosenita rajin dalam membantu rakan-rakannya mempromosikan barangan jualan yang diusahakan mereka. Beliau menggunakan kemahiran komunikasi yang ada dalam diri beliau untuk menjadi salah seorang dropship bagi produk ‘Bouquet Bajet Double Iman’.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Hasil usaha beliau mengikuti kelas keusahawanan dan kemahiran komputer di pusat internet, kini beliau tahu bagaimana cara mewujudkan peluang pekerjaan sampingan melalui agen dropship secara atas talian pula. Beliau juga berhasrat ingin menjalankan perniagaannya sendiri pula selepas ini setelah mengetahui selok-belok perniagaan melalui agen dropship kerana melalui perniagaan ini sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan beliau hingga ke dua angka.