Latar belakang
Puan Idayu bekerja di Rabbit Fun Land Lenggeng sebagai seorang tukang masak yang berkebolehan. Bidang masakan ini memang merupakan salah satu hobi beliau sejak di zaman persekolahan lagi. Beliau bukan sahaja pandai memasak hidangan lauk pauk, malah mahir juga dalam pembuatan aneka biskut raya moden.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum ini beliau hanya mengambil tempahan biskut raya ketika menjelang musim perayaan sahaja. Tambahan pula beliau menjualnya secara kecil-kecilan sahaja kerana belum pernah terfikir untuk meluaskan lagi empayar jualannya. Lagipun beliau Cuma mengambil tempahan dari rakan dan jiran berdekatan kawasan tempat tinggalnya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pada awal tahun ini, beliau berkunjung ke Pusat Internet Lenggeng dan menyatakan hasratnya yang ingin mengembangkan perniagaan sampingan beliau. Sehubungan dengan itu, petugas mula mencari inisiatif dengan membantu beliau dalam usaha meningkatkan perniagaan ini. Beliau mula mempelajari cara menghasilkan sticker label bagi produk biskut rayanya. Seterusnya turut berpeluang menimba ilmu berkenaan cara penggunaan media sosial terkini seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp bagi mempromosikan jualan secara atas talian. Alhamdulillah, atas usaha beliau menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh pusat internet, penjualan biskut raya beliau mula mendapat tempat dihati pengguna dan kini beliau mampu meraih pendapatan sampingan sebanyak RM300 hingga RM500 terutama ketika tibanya musim perayaan.